Photobucket Image Hosting

Jangan Lupa Solat

Rabu, 7 Disember 2011



Saidina Ali r.a
Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."

Ali r.a

Khamis, 25 Jun 2009

Antara Lima Kelebihan Ramadhan
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."(Riwayat Imam Ahmad)
Menghidupkan Malam Ramadhan
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa berdiri bersolat dalam bulan Ramadhan kerana didorong keimanan dan keinginan memperolehi keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya yang terdahulu." (Muttafaq 'alaih)
Mereka Yang Rugi Pada Ramadhan
Daripada Ka'ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hadirlah ke mimbar." Maka kami semua pun hadir. Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, "amin" dan apabila naik anak tangga yang kedua, beliau berkata "amin" dan apabila beliau naik anak tangga yang ketiga baginda berkata "amin."Apabila beliau turun, kami telah bertanya, "Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar."Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.""Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.""Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata "amin."(Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)
Jangan Bercakap Kotor Ketika Puasa
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah 'Azzawajalla berfirman - dalam Hadis qudsi: "Semua amal perbuatan anak Adam - yakni manusia - itu adalah untuknya, melainkan berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan saya akan memberikan balasan dengannya. Puasa adalah sebagai perisai - dari kemaksiatan serta dari neraka. Maka dari itu, apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya adalah berpuasa." Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaanNya, nescayalah bau busuk dari mulut seseorang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Seseorang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan dan ia dapat merasakan kesenangannya, iaitu apabila ia berbuka, ia pun bergembiralah dan apabila telah bertemu dengan Tuhannya, ia pun gembira dengan adanya amalan puasanya." (Muttafaq 'alaih)
Pintu Khas Untuk Orang Yang Berpuasa
Daripada Sahl bin Sa'ad r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu Rayyan ( Puas dan kenyang minum). Dari pintu ini masuklah semua orang yang berpuasa esok pada hari kiamat. Tidak ada seorang yang selain orang-orang yang berpuasa itu yang dapat masuk dari pintu itu. Dikatakanlah: "Manakah orang-orang yang berpuasa." Mereka itu lalu berdiri, lalu tidak seorang pun yang dapat masuk dari pintu Rayyan tadi selain orang-orang yang berpuasa. Jikalau mereka telah masuk seluruhnya, lalu pintu itu pun ditutuplah, jadi tidak seorang pun lagi yang dapat memasukinya. " (Muttafaq 'alaih)

Takutlah Neraka Allah
Daripada 'Adi bin Hatim r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tiada seorang pun dari kamu, melainkan akan diajak bicara oleh Tuhannya, tidak ada antara dia dengan Tuhannya seorang penterjemah pun.""Orang itu lalu melihat ke arah kanannya, tetapi tidak ada yang dilihat olehnya, melainkan amalan yang telah ia lakukan sebelum itu, dan ia melihat ke arah kirinya, maka tidak ada yang dilihat olehnya melainkan amalan yang ia lakukan sebelum itu,seterusnya ia melihat ke arah mukanya, maka tidak ada yang dilihat olehnya melainkan neraka yang ada di hadapannya itu.""Maka dari itu, takutlah engkau semua pada siksa api neraka, sekalipun dengan jalan sedekah dengan belahan kurma." (Muttafaq 'alaih)
Apabila Allah Mencintai HambaNya
Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan itu (wahai Jibril). Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang seluruh penghuni langit dan memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah kecintaan padanya di kalangan penghuni bumi." (Muttafaq 'alaih)
Bumi Menjadi Saksi
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. membaca (yang bermaksud) 'Pada hari itu bumi akan memberitahukan khabar-khabarnya' (Surah Az-Zalzalah, Ayat 4)'Kemudian beliau s.a.w. bersabda, "Adakah kamu semua tahu apakah khabar-khabarnya itu?" Para sahabat berkata,"Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui." Beliau s.a.w. lalu bersabda, "Sesungguhnya khabar-khabar yang akan diberitahukan itu ialah bahawa bumi itu akan menyaksikan pada setiap hamba, lelaki atau perempuan, perihal apa yang dilakukan di atas bumi itu. Bumi akan mengucapkan, 'Orang ini akan melakukan begini dan begitu pada hari ini dan itu. Inilah khabar-khabarnya. '"Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Manusia Bertelanjang Di Padang Mahsyar
Daripada Aisyah r.a. Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Dikumpulkanlah semua manusia di padang mahsyar pada hari kiamat dengan telanjang kaki, telanjang tubuh dan tidak berkhitan kemaluannya. " Saya bertanya: "Ya Rasulullah, kalau begitu kaum wanita dan kaum lelaki semuanya dapat melihat antara yang sebahagian dengan sebahagian yang lainnya." Beliau s.a.w. menjawab: "Hai Aisyah, peristiwa pada hari itu lebih sangat (dasyat) untuk menjadi perhatian mereka daripada memerhatikan orang lain."Dalam riwayat lain disebutkan:"Peristiwa pada hari itu lebih penting untuk diperhatikan oleh setiap orang - daripada yang sebahagian melihat kepada sebahagian yang lain." (Muttafaq 'alaih)
Bayangkan ... Bagaimana Kasih Sayang Allah
Daripada Umar bin Al-Khaththab r.a., katanya: Kepada Rasulullah s.a.w. disampaikan tawanan perang. Tiba-tiba ada seorang wanita dari tawanan itu berjalan menemukan seorang anak yang juga termasuk dalam kelompok tawanan tadi. Wanita itu lalu mengambil anak tersebut lalu diletakkannya pada perutnya, kemudian disusuinya. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Adakah engkau semua dapat menduga bahawa wanita ini akan sampai hati meletakkan anaknya dalam api?" Kami (para sahabat) menjawab: "Tidak" demi Allah (maksudnya wanita yang begitu sayang pada anaknya, tidak mungkin akan sampai meletakkan anaknya dalam api)Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Nescayalah Allah itu lebih kasih sayang kepada sekalian hamba-hambaNya daripada kasih sayangnya wanita ini kepada anaknya." (Muttafaq 'alaih)
Perihal Tok Bomoh Yang Pandai 'Menengok'
Daripada salah seorang isteri nabi, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, tidak diterima daripadanya solat (selama) empat puluh malam." (Riwayat Muslim)Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang mendatangi seorang dukun lalu mempercayai apa yang dikatanya atau menyetubuhi seorang perempuan yang sedang haid atau menyetubuhi seorang perempuan di duburnya, maka dia telah berlepas diri daripada apa yang diturunkan ke atas Muhammad."(Riwayat Tirmizi : Bertaraf hassan)
Tuhan Itu Maha Pengampun
Daripada Abu Ayyub r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Andaikata engkau semua tidak ada yang melakukan dosa, nescayalah Allah akan menciptakan suatu makhluk baru yang melakukan dosa, lalu mereka memohonkan pengampunan padaNya, kemudian Allah mengampuni mereka itu." (Riwayat Imam Muslim)Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, andaikata engkau semua tidak ada yang melakukan dosa, nescayalah Allah akan melenyapkan engkau semua, lalu mendatangkan suatu kaum lain yang melakukan dosa kemudian mereka meminta pengampunan kepada Allah Ta'ala, lalu Allah mengampuni mereka itu." (Muttafaq 'alaih)
Bagaimana Menjawab Soalan Malaikat Kubur
Daripada Albara' bin 'Azib r.a., daripada Nabi s.a.w., sabdanya, "Seorang muslim itu apabila ditanya dalam kubur, maka ia akan menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa-sanya Muhammad adalah Rasulullah. Yang sedemikian itu adalah sesuai dengan firmannya Allah Ta'ala (yang bermaksud) "Allah memberikan ketetapan kepada orang-orang yang beriman dengan ucapan yang mantap, baik di dalam kehidupan dunia ini, mahupun dalam akhirat."(Surah Ibrahim, ayat 27) (Muttafaq 'alaih)
Sungai Yang Mengalir
Daripada Jabir r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Perumpamaan shalat-shalat lima waktu itu adalah seperti sungai yang mengalir secara melimpah-ruah pada pintu rumah seseorang dari engkau semua. Ia mandi di situ setiap hari lima kali." (Riwayat Muslim)
Aduhai .... Di Manakah Nakku Cari 40 Orang?
Daripada Ibnu Abbas r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tiada seorang muslim pun yang meninggal dunia, kemudian berdiri untuk menyembahyangi jenazahnya itu sebanyak empat puluh orang yang semuanya tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah, melainkan Allah akan mengurniakan syafaat kepada orang yang mati tadi." (Riwayat Muslim)
Makan Yang Mendatangkan Pahala
Daripada Anas r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya Allah itu nescayalah redha pada seseorang hambaNya, jikalau ia makan sesuatu makanan lalu memuji kepada Allah kerana adanya makanan itu, atau minum suatu minuman lalu memuji padanya kerana adanya minuman itu." (Riwayat Muslim)
Berbaik Sangka Kepada Allah
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu.""Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas.""Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas. " (Muttafaq 'alaih)

Isnin, 8 Jun 2009

Allah Mencintai Orang Yang MencintaiNya
Daripada Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengirimkan seseorang untuk memimpin sepasukan tentera ke medan peperangan. Orang itu suka membaca untuk kawan-kawannya dalam solat mereka dengan Qulhu Wallahu Ahad sebagai penghabisan bacaannya. (Maksudnya, setelah membaca Al-Fatihah lalu dibaca surah lain, kemudian dibaca surah Al-Ikhlas) Setelah mereka kembali, hal itu mereka sampaikan kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Cuba tanyakanlah pada orang itu, mengapa melakukan yang semacam itu?" Mereka semua bertanya padanya, kemudian orang itu menjawab: "Sebab itu adalah sifatnya Allah yang Maha Penyayang, maka dari itu saya suka membacanya." Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. (setelah diberitahu jawapan orang itu): "Beritahukanlah padanya bahawasanya Allah Ta'ala mencintainya. " (Muttafaq 'alaih)
Jangan Lupa Solat Subuh
Daripada Jundub bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa solat Subuh, maka ia adalah dalam tanggungan Allah, maka itu janganlah sampai Allah itu menuntut daripada kamu semua dengan sesuatu dari tanggunganNya"(Maksudnya jangan sampai meninggalkan solat Subuh, sebab kalau demikian, lenyaplah ikatan janji untuk memberikan tanggungan keamanan dan lain-lain antara engkau dengan Tuhanmu itu.)"Sebab sesungguhnya barangsiapa yang dituntut oleh Allah dari sesuatu tanggungannya, tentu akan dicapainya (yakni tidak mungkin terlepas), kemudian Allah akan melemparkannya atas mukanya dalam neraka Jahanam." (Riwayat Muslim)
Siksaan Teringan
Daripada an-Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka pada hari kiamat itu adalah seseorang yang di bahagian bawah kedua kakinya diletakkan dua buah bara api yang dengannya itu mendidihlah otaknya. Orang itu tidak percaya bahawa ada orang yang mendapat siksaan yang lebih teruk daripada dirinya, padahal dialah yang teringan sekali siksanya." (Muttafaq 'alaih)
Peringkat Jilatan Api Neraka
Daripada Samurah bin Jundub r.a. bahawasanya Nabiullah s.a.w. bersabda:"Di antara ahli neraka itu ada yang dijilat oleh api neraka sampai pada kedua tumitnya, di antara mereka ada yang dijilat oleh api sampai kedua lututnya, ada juga yang sampai ke empat ikat pinggangnya dan ada pula yang sampai di tulang lehernya." (Riwayat Muslim)
Neraka Yang Begitu Menakutkan
Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu (kerana amat menakutkan). Beliau s.a.w. bersabda:"Andaikata kamu semua tahu apa yang aku ketahui, nescayalah kamu semua akan tertawa sedikit dan akan menangis banyak-banyak. "Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi masing-masing wajahnya sambil terdengar suara isaknya. (Muttafaq 'alaih)Dalam riwayat lain disebutkan:Rasulullah s.a.w. menerima berita bahawa ada sesuatu tentang sahabat-sahabatnya, lalu beliau berkhutbah, kemudian bersabda:"Ditunjukkanlah syurga dan neraka padaku maka belum pernah aku melihat sesuatu yang melebihi penglihatanku pada hari itu tentang bagusnya syurga dan buruknya neraka. Dan andaikata kamu semua dapat melihat apa yang dapat aku lihat, maka nescayalah aku semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak. "Maka tidak pernah datang pada para sahabat Rasulullah s.a.w. laitu hari yang lebih dahsyat lagi dari hari itu(tentang ngerinya khutbah yang diberikan oleh beliau s.a.w.) Para sahabat semua menutupi kepala masing-masing sambil terdengar suara esaknya.

Sabtu, 25 April 2009

Menjual Diri Diwaktu Pagi?
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Cara Orang Yang "Tiada" Bersedekah
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu." Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. " Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? " Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. " .(Riwayat Muslim)
Amende sedekah tu?
Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. " (Riwayat Bukhari & Muslim)
Kebaikkan vs Dosa
Daripada An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya.(Riwayat Muslim)
Lidah oh lidah
Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ?"Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. " (Riwayat Tirmizi)

Khamis, 16 April 2009

hadith hari ini

Doa yang tidak makbul
Daripada Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan- Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun: 51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”( al-Baqarah: 172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”(Riwayat Muslim)
Sesuatu yang meragukan
Daripada Abu Muhammad Al-Hassan Bin Ali Bin Abi Thalib cucu Rasulullah s.a.w. dan kesayangannya r.a. Katanya, aku telah menghafal daripada Rasulullah s.a.w.,"Tinggalkan barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau."(Riwayat Tirmizi, hassan sahih)
Meninggalkan Yang Tidak Berguna
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w., "Antara keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya."(Riwayat Tirmizi, hassan)
Darah yang halal
Daripada Ibnu Mas'ud r.a. katanya telah bersabda Rasulullsh s.a.w., Tidak halal darah seorang Islam kecuali dengan salah satu dari tiga (perkara); janda yang berzina dan jiwa dengan jiwa dan yang meninggalkan agamanya dengan berpisah dari jamaa'ah"(Mutafaqqun alaih)
Diam Itu Lebih Baik
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."(Mutafaq 'alaih)
Jangan marah
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu marah..”(Riwayat Bukhari)
Wajib Ihsan
Daripada Abu Ya'ala Shaddad ibn Aus r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguh nya Allah telah mewajibkan ihsan di atas tiap-tiap sesuatu. Apabila kamu membunuh, maka elokkanlah pembunuhan. Dan apabila menyembelih, maka elokkanlah penyembelihan. Dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan sembelihan.”(Riwayat Muslim)
Ikutilah dengan kebaikan
Daripada Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman MU'az Bin Jabal r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Bertaqwa kepada Allah di mana saja engkau berada. Dan ikutlah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus."(Riwayat Tirmizi, hassan)
Peliharalah Allah
Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’(Riwayat Tirmizi)
Kalau tak malu
Daripada Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki."(Riwayat Bukhari)
Imam dan Istiqamah
Daripada Abu `Amru ( atau digelar juga Abu `Amrah ) Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. (Riwayat Muslim)
Syarat Minimum Ke Syurga
Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansari r.a., (beliau meriwayatkan) : Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahya ng fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya! (Riwayat Muslim)

Rabu, 17 Disember 2008

Syurga atau Neraka?
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan.Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.(Riwayat Muslim)
Contoh Ahli Syurga
Hadis Abu Hurairah r.a:Seorang lelaki kampung telah datang menghadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku memasuki Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang difardukan dan keluarkanlah zakat yang diwajibkan serta berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu orang itu berkata: Demi Allah yang berkuasa ke atas diriku, aku tidak akan menambah atau menguranginya sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku. Setelah orang itu beredar Rasulullah s.a.w pun bersabda: Sesiapa yang ingin melihat ahli Syurga maka lihatlah kepada lelaki ini.(Riwayat Muslim)
Rukun Islam
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah Ibnu Umar r.a. katanya, "aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, dirikan Islam atas lima (rukun), syahadah (pengakuan) bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Baitullah dan puasa di bulan Ramadhan.(RIwayat Bukhari dan Muslim)
Tentang Islam
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan- Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan- Nya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Segalanya Bermula Dengan Niat
Daripada Amiril Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a., katanya "Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa hijrahnya kepada dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada akan yang ia inginkan."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tips Elak Daripada Disengat
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ada sesuatu yang saya bertemu dengannya, iaitu seekor kala, lalu menyengat pada saya tadi malam." Beliau s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau mengucapkan ketika engkau berada di waktu petang, iaitu: "A'udzu bikalimatilahit tammati min syarri ma khalaq (Saya mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari apa saja yang diciptakan olehNya), nescayalah binatang itu tidak akan membahayakan padamu." (Riwayat Muslim)
Subhanallah wa bihamdi
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mengucapkan ketika pagi dan petang: Subhanallah wa bihamdi, seratus kali, maka tidak akan datang seseorang pun besok pada hari kiamat yang keadaannya lebih utama dari apa yang dikerjakannya, kecuali seseorang yang mengucapkan seperti apa yang diucapkan olehnya itu atau menambahkan dari ucapannya tadi." (Riwayat Muslim)
Allah Merasa Bangga
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Mu'awiyah r.a. keluar menuju suatu golongan yang berhimpun dalam masjid, lalu ia berkata,"Apakah yang menyebabkan engkau semua duduk ini?" Orang-orang menjawab,"Kami duduk untuk berzikir kepada Allah." Ia berkata lagi, "Apakah, demi Allah, tidak ada yang menyebabkan engkau semua duduk ini melainkan karena berzikir kepada Allah saja?" Mereka menjawab, "Ya, tidak ada yang menyebabkan kita semua duduk ini, kecuali untuk itu." Mu'awiyah lalu berkata: "Sebenarnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau semua itu karena sesuatu dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua dan tiada seorang pun yang sebagaimana kedudukan saya ini dari Rasulullah s.a.w. yang lebih sedikit hadisnya daripada saya sendiri.Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika keluar menuju suatu golongan yang berhimpun dari kalangan sahabat-sahabatnya, lalu beliau s.a.w. bersabda, "Apakah yang menyebabkan engkau semua duduk ini?" Para sahabat menjawab, "Kita duduk untuk berzikir kepada Allah, juga memuji padaNya karena telah menunjukkan kita semua kepada Agama Islam dan mengaruniakan kenikmatan Islam itu pada kita." Beliau s.a.w. bersabda lagi, "Apakah, demi Allah, tidak menyebabkan engkau semua duduk ini melainkan karena itu?" Sesungguhnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau semua itu karena sesuatu dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua, tetapi Jibril datang padaku dan memberitahukan bahwasanya Allah merasa bangga dengan kamu kepada malaikat - yakni kebanggaanNya itu ditunjukkan kepada para malaikat." (Riwayat Muslim)
Setiap Masa ...
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu berzikir kepada Allah dalam segala keadaannya." (Riwayat Muslim)

Ahad, 9 November 2008

Membantu Para Janda
Daripada Abu Hurairah r.a:Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.
Dari Atas Ke Bawah
Daripada Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.
Sunah Nasrani dan Yahudi
Daripada Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?.
Bumi Memuntahkan Mayat
Daripada Anas bin Malik r.a katanya:Di antara kami ada seorang lelaki dari Bani Najjar, dia telah membaca surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran serta selalu menulis untuk Rasulullah s.a.w, lalu dia melarikan diri untuk bersama-sama Ahli Kitab. Anas berkata: Ahli Kitab menyanjungnya. Mereka berkata: Lelaki ini telah menulis untuk Muhammad menyebabkan mereka mengkaguminya. Setelah beberapa ketika bersama-sama Ahli Kitab, lelaki tersebut meninggal dunia. Ahli Kitab menggali kubur dan mengebumikannya. Bumi memuntahkannya ke permukaan. Mereka menggali lagi dan mengebumikannya semula. Namun bumi tetap memuntahkan lelaki tersebut ke permukaan. Mereka menggali dan mengebumikannya lagi. Bumi tetap memuntahkannya semula ke permukaan. Akhirnya mereka membiarkannya di permukaan bumi.
Sutera Hanya Untuk Wanita
Daripada Sayidina Ali r.a katanya:Rasulullah s.a.w telah dihadiahkan dengan pakaian bersulam lalu baginda mengirimkannya kepadaku. Akupun memakainya tetapi aku melihat kemurkaan di wajah baginda. Baginda bersabda: Sesungguhnya aku mengirimkan pakaian itu kepadamu bukan untuk dipakai tetapi aku mengirimkannya supaya engkau jadikannya sebagai kain tudung wanita.
7 Yang Disuruh dan 7 Yang Dilarang
Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:Rasulullah s.a.w memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Baginda memerintahkan kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, menunaikan sumpah dengan benar, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam. Baginda melarang kami memakai cincin atau bercincin emas, minum dengan bekas minuman dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus.
Jangan Jadi Pencetus
Daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki yang paling dibenci oleh Allah s.w.t ialah lelaki yang suka mencetuskan perselisihan yang sengit

Ahad, 19 Oktober 2008

Bekas Air Perak
Daripada Ummu Salamah r.a isteri Nabi s.a.w, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Orang yang minum dengan wadah atau bekas air yang diperbuat dari perak, sesungguhnya akan dididihkan perutnya dengan api Neraka Jahanam.(Riwayat Muslim)
Lamanya Nabi Solat
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Saya pernah bersolat bersama Nabi s.a.w. pada malam hari, maka beliau berdiri lama, sehingga saya ingin melakukan sesuatu yang buruk." Lalu ditanya: "Apakah yang ingin engkau lakukan?" Dia menjawab, "Saya ingin duduk dan meninggalkan beliau s.a.w.(yakni berhenti bersolat)" (Muttafaq 'alaih)
antara hidup dan mati
Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati." (Riwayat Bukhari)Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati." (Riwayat Muslim)
bersedekah setiap hari
Daripada Abu Zar r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap ruas tulang dari seseorang di antara kamu harus bersedekah setiap pagi. Maka setiap sekali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahmid adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahlil adalah sedekah, setiap sekali bacaan takbir adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemungkaran juga sedekah dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang itu dari shalat Dhuha." (Riwayat Muslim)

Khamis, 11 September 2008

hadith hari ini...

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "SesungguhnyaAllah s.w.t. mempunyai hamba-hamba yang di bebaskan pada Ramadhan dan bagi setiap orang Islam dan satu doa yang dimaqbulkan pada setiap siang dan malam(Ramadhan)"
(Riwayat Al-Bazzar di dalam Targhib Wal Tarhib)
Daripada Abdurrahman r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. suatu ketika berbicara tentang bulan Ramadhan, lalu sabdanya, "Inilah bulan yang Allah wajibkan atas kalian berpuasa dan aku memerintahkan kepada kamu semua untuk bangun (solat terawih sebagai amalan sunat). Oleh kerana itu, sesiapa yang berpuasa dan bangun(mengerjakan solat terawih) kerana iman dan mengharapkan redha Allah, makakeluarlah dia dari dosa-dosanya seperti hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya."(Riwayat Ibnu Majah di dalam Bab Qiyaamu Ramadhan. Al-Albani mendaifkan hadith ini)
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Seutama-utama puasa bulan Ramadhan ialah bulan Allah yang dimuliakan - yakni berpuasa dalam bulan Muharram, sedang seutama-utamanya solat sesudah solat fardhu ialah solat di waktu malam."(Riwayat Muslim)
Dari Abu Said r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah ( yakni semata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah), melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya - yakni dirinya (kerana puasanya tadi), sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka."(Muttafaq 'alaih)
Daripada Sahl bin Sa'ad r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu Rayyan (Puas dan kenyang minum). Dari pintu ini masuklah semua orang yang berpuasa esok pada hari kiamat. Tidak ada seorang yang selain orang-orang yang berpuasa itu yang dapat masuk dari pintu itu. Dikatakanlah: "Manakah orang-orang yang berpuasa." Mereka itu lalu berdiri, lalu tidak seorang pun yang dapat masuk daripintu Rayyan tadi selain orang-orang yang berpuasa. Jikalau mereka telah masuk seluruhnya, lalu pintu itu pun ditutuplah, jadi tidak seorang pun lagi yang dapat memasukinya."(Muttafaq 'alaih)

Khamis, 15 Mei 2008

sph 03/04 UTM Skudai

SELAMAT HARI GURU

UTM Forever

dah lama tak menjenguk UTM Skudai sejak keluar tahun lepas. Banyak sangat memori sepanjang berada disana. kawan-kawan yang belajar sekali pun dah ramai yang tak tau kabar berita. masing-masing sibuk dengan tugas baru sebagai guru. Semoga kita sekalian dapat berkhidmat dengan cemerlang untuk anak bangsa.
Buat Semua Warga SPH 03/04,
Selamat Hari Guru

guru oh guru

(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Isnin, 12 Mei 2008

Ajaran dan Kepercayaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Malaikat · Nabi dan Rasul · Kitab · Hari Akhirat · Qadar
Dua Kalimah Shahadah · Solat · Puasa · Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah
Tokoh-Tokoh Utama

Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar · Saidina Uthman · Saidina Ali
Sahabat Nabi · Imam · Imam Mahdi · Tokoh Islam lain

Kitab & Undang-Undang
Al-Qur'an · Hadith · Surah
Mazhab · Syariah
Golongan Islam
Sunah · Syi'ah · Sufi
Kota Suci Islam

Makkah · Madinah · Baitulmuqaddis

Aspek-Aspek Sosial
Kota Islam · Seni bina
Sains · Tamadun Islam
Kesenian · Takwim Hijrah · Khilafah · Politik Islam · Jihad
Lihat Juga
Rencana mengenai Islam

Sejarah Islam

Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.
Senarai kandungan[tutup]
1 Pengenalan
2 Nabi Muhammad s.a.w.
3 Perkembangan Islam
3.1 Khulafa al-Rasyidin
3.2 Kerajaan Bani Ummaiyyah
3.3 Kerajaan Bani Abbasiyyah
3.4 Empayar Turki Uthmaniyyah
//

[sunting] Pengenalan
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

[sunting] Nabi Muhammad s.a.w.
Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.
Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

[sunting] Perkembangan Islam

Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ]

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
Latar Belakang Tamadun

Peningkatan tamadun bermaksud penggunaan pemikiran manusia untuk mengawal dan guna alam sekitar – bawa kehidupan yang lebih maju dan kompleks – selain dapat kemahiran bagi hasilkan idea baru serta kemajuan menerusi aspek poltik, ekonomi dan sosial.

· Tamadun Yunani
1. Greece – Laut Aegean dan Mediteranean
2. Negara Kota atau polis . Gabungan beberapa buah kampung 1000 – 800 sm.
3. Setiap kota ada ibu kota dikelilingi pertanian .Dalam kota : pasar, kubu, kuil, dan istana.
4. Kota yg menonjol Athens, Sparta, dan Corinth. Lain corak pentadbiran dan Tuhan.
5. Setiap kota @ Polis ada ibu kota – Acrapolis ada bangunan kerajaan dan tempat keagamaan.
6. Agora tempat mesyuarat dan pusat ekonomi.

· Tamadun Rom
1. Bukit Palatine dekat Sg Tiber, Lembah Latium- masyarakat Latin
2. Wujud Majlis Perbandaran - 2SM Perintah sendiri. Perancangan bandar terancang ada bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas berdialog (forum ), rumah mandi awam dan istana.
3. Bandar pemerintahan – Pompei ada pejabat, dewan, pintu gerbang, kedai, dan colleseum – tempat pertandingan pahlawan Rom
4. 80m 50000 penduduk. Saliran air bawah tanah 165 km libat 14 terusan. Tujuan bekalan harian, perindustrian dan pengangkutan.

· Tamadun India
1. Asas kecemerlangan Tamadun Indus terdahulu yg musnah oleh orang Aryan.
2. Tahap baru dikenali Zaman Vedik asal dari kitab Veda – lahir agama Hindu. Beralih di Lembah Ganges.
3. Pemerintah oleh Raja. Dua kerajaan Janapada ( kerajaan kecil ) dan Mahapada ( kerajaan besar )
4. Chadradupta Maurya satukan kerajaan kecil. 321 sm wujud empayar pertama – Dinasti Maurya. Kemuncaknya dalam pemerintahan Asoka.

· Tamadun China
1. Lembah Hwang Ho dan Selatan Cina. Bermula dengan Dinasti Chin – Mula meningkatkan tamadun terdahulu
2. Dinasti Chin 221 – 206 sm. Shih Huang Ti pengasasnya – wujudkan empayar hingga Sg. Merah di Vietnam. Pemerintahan kerajaan pusat . Penuh penaklukan dan peperangan

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]
Faktor Peningkatan

Dapat dilihat melalui aspek Politik, Ekonomi, dan Sosial.
1. Politik : Kerajaan, pemerintahan, pentadbiran, undang-undang, peluasan kuasa
2. Ekonomi : Pertanian , Perdagangan, Penghasilan barangan, sistem ekonomi.
3. Sosial : Pendidikan, Falsafah, Bahasa dan Kesusasteraan, seni bina, sistem sosial, dan sains dan teknologi.

[ Pemerintahan dan Pentadbiran ] [ Peningkatan Ekonomi ] [ Peningkatan Sosial ] [Atas Halaman ]

Pemerintahan dan Pentadbiran

· Tamadun Yunani
1. Negara kota, Sistem Monarki , oligarki, aristokrasi, diktator atau tirani, demokrasi
2. Sebelum demokrasi , Athens amalkan sistem beraja – dibantu oleh konsul – golongan kaya.
3. Raja beperanan sebagai ketua negara dan kerajaan, ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama.
4. Bila konsul kuat peranan tersebut merosot. Wujud sistem Raja dipilih dengan kuasa terhad.
5. Beberapa orang konsul wujudkan oligarki. Lahirkan juga golongan aristokrat – ada kuasa besar – Aristokrasi. Rakyat tidak puas hati – rampas kuasa wujud diktator / tirani – biasanya dari golongan tentera . Ditentang aristokrat wujud demokrasi
6. Demokrasi wujud Dewan Perhimpunan dan Majlis. Di Athens sahaja. 3000 tahun.
7. Lelaki Athens berpeluang jadi ahli – 6 bulan hingga 1 tahun.
8. Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali setahun. Bincang dasar kerajaan. Keputusan Dewan dilaksanakan Ahli Majlis dilantik Dewan Perhimpunan. Begitu juga Magisterit dan Juri.
· Tamadun Rom
1. Bermula sistem beraja 773 sm. Secara mutlak ketrunan Etruscan bukan latin tempatan. Tidak disenangi msyk Latin tempatan. Menentang bersama bangsawan ( Partrician ). Wujud Republik.
2. Republik – tiada kuasa mutlak. Kuasa tertinggi 2 org Konsul. Dilantik Senat utk tempoh tertentu. Senat di wakili bangsawan. Bantu Konsul.
3. Sebelum ahli senat jadi konsul, dia ialah Praeotor – pemerintah tentera.
4. Bawah Senat – Dewan Perhimpunan – wakili semua rakyat Rom. Keputusan Senat di serah ke Dewan Perhimpunan utk kelulusan.
5. Berubah dalam zaman Julius Ceasar. Wujud pemerintahan berpusat – Empayar . Takluk Macedonia, Yunani, Syria, Mesir, Perancis, Britain, dan beberapa wilayah Jerman. – Jadi Diktator.
6. Kuasai tentera dan senat – guna gelaran Maharaja. – Diteruskan oleh Augustus 27 – 14 sm. Bawa keamanan dan keagungan. Kekal 200 tahun – Digelar Pax Romana – Tiga Benua. – Asia, Afrika dan Eropah.
· Tamadun India.
1. Awal pembukaan 600 – 320 sm – ada dua kerajaan kecil dan besar. Kecil tiada raja dan berpuak. Besar diketuai Raja set kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha. Raja kuasa mutlak. Diperkukuhkan upacara ritual. Raja suci dan harus dihormati. Brahmin penasihat Raja, kemudian Kesatria. Wujud kasta.
2. Raja bertukar jadi Maharaja bila Maurya satukan jadi empayar 321 – 185 sm. Meliputi Teluk Benggala hingga Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara Pataliputra.
3. Zaman kegemilangan 273 – 232 sm. Dapat tamatkan perang saudara selepas bapanya mati : Bindusara, dan takluk Kalinga.- Perang Kalinga 150 ribu cedera, 100 ribu mati. Asoka peluk Budhha. Amalkan keamanan dan kedamainan. Sebar lalui agama Budhha.
4. Wujudkan Birokrasi pentadbiran.
· Tamadun Cina
1. Raja bertukar jadi Maharaja – wujud empayar dan peluasan kuasa. Ubah sistem Feudal. Pemerintahan berpusat.
2. Dinasti Chin 221 – 206 sm. Pemerintahan berpusat bentuk Birokrasi awam – pegawai dilantik Maharaja – di kalangan rakyat melalui jawatankuasa : Hon Kao Tsu. Lantikan atas pencapaian dalam peperiksaan awam. Mula Dinasti Han
3. Tokoh penting Shih Huang Ti.

[ Pemerintahan dan Pentadbiran ] [ Perundangan ] [ Peluasan Kuasa ] [ Faktor Peningkatan ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

Perundangan

· Tamadun Yunani
1. Dewan Perhimpunan gubal undang. Plato bukunya Republic – kepentingan undang-undang.
· Tamadun Rom
1. Undang-undang pertama – Hukum Kanun 12 – dipahat pada Papan Dua Belas. Dipamer di tempat awam.
2. Maharaja Juntinian – satukan undang-undang yang banyak : Kod Undang-Undang Rom atau Kod Undang-Undang Justinian– 527 m.
· Tamadun India
1. Berdasark kitan Dharma Sastra – Undang-undang tua Hindu – 6 atau 2 sm.
2. Raja bertanggungjawab jaga kesucian. Brahmin yang mahir kerana ada kaitanm dengan agama.
3. Zaman Maurya – undang-undang melalui titah raja. Diukir pada batu : Tiang Asoka. Berkonsep keadilan dan kesjahteraan rakyat.
· Tamadun Cina
1. Berteraskan 2 prinsip: Hukuman Berat dan Bercorak Kolektif. Berdasarkan falsafah Legalisme. Digubal Han Fei Tzu – Dinasti Chin , seorang ahli falsafah.
2. Ciri-ciri undang-undang: tidak harus wujud belas kesihan, perlu dipelihara. Sebab itu raja mesti ada kuasa utuh.
3. Bertentangan dengan falsafah undang-undang Conficius. Tekanan raja perlu ada perkara baik dan jaga harmoni manusia dan masyarakat.
· Kesimpulan
· Aspek ini memperlihat perkembangan dan peningkatan dalam corak pemerintahan dan undang-undang serta pelaksanaan.
· Juga perkembangan ahli pemikir dengan falsafahnya. Socrates, Plato, Aristotle, Confucius, Han Fei Tzu

[ Pemerintahan dan Pentadbiran ] [ Perundangan ] [ Peluasan Kuasa ] [ Faktor Peningkatan ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

Peluasan Kuasa

· Tamadun Yunani
1. Bermula 800 sm. Zaman Raja Philip II , Macedonia dan Yunani disatukan. Diteruskan anaknya Alexander The Great.- menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, dan Samarkand serta seluruh Mediteranean.
2. Sebarkan budaya Hellenistik – campuran budaya Yunani, Parsi dan kaw.Timur lain.
3. Tersebar : di Syracuse, Itali, Iskandariah, dan Antioch. Empayar berakhir dengan kematian Alexander.
· Tamadun Rom
1. Mula 27sm pd zaman Augustus Caesar. Empayar berdasarkan Republik warisan. Lain sebelumnya.
2. Meliputi – Britain, Sepanyol, kaw. Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, Sebahagian Turki, dan Palestine.
· Tamadun India
1. Berlaku dalam Dinasti Maurya – Mula zaman Chandargupta Maurya 321 – 292sm.
2. Sebab Berjaya – ada tentera yang besar : 600 gajah, 1000 org tentera berkuda, dan 10000 infrantri.
3. Meliputi India Utara, Punjab, Seleceus yg perintah Seleciud di Syria dan India Barat.
4. Bindusara – anaknya luaskan hingga ke Mysore, Selatan India.
5. Asoka anak Bindusara ubah cara peluasan kuasa. Lebih lembeut tidal kekerasan tentera. Penggunaan agama Budhha. Berjaya kuasai Seluruh India selepas Perang Kalinga.
· Tamadun Cina
1. Wujud semasa Dinasti Chin – Shih Huang Ti perintah autokratik – tegas dan mutlak. Satukan kerajaan kecil, Hapuskan kuasa bangsawan dan lantik gabenor serta pegawai tentera untuk tadbir. Bina Tembok Besar Cina cara pertahan wilayah.
2. Chin jatuh ganti dengan Dinasti Han. Maharaja Tentera @ Han Wu Ti luaskan – ke SinKiang, Lembah Tarim dan Tutor di Utara, Yang Tze, Kwangsi, dan KwanTung. Akhir pemerintahan ke Jepun dan Turkistan.
3. Guna kuasa tentera yang besar dan kuat serta kekerasan.
· Kesimpulan
· Pengembangan wilayah, kuasa tentera, Dinasti, dan cara peluasan : Kekerasan , Agama dan terbuka.

[ Pemerintahan dan Pentadbiran ] [ Perundangan ] [ Peluasan Kuasa ] [ Faktor Peningkatan ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

Peningkatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi awal – bercucuk tanam, ternak, dan hasil barangan – sara diri.
Peningkatan tamadun – ekonomi komersil – lebihan pengeluaran – perdagangan – tukar barang @ barter.Wujud barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam, dan perhiasan.

· Tamadun Yunani
1. Semua negara Kota kecuali Sparta sebab muka bumi tidak subur – gunung-ganang,.
2. Kawasan lain wujud peningkatan perdagangan lalui jalan laut seperti dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.
3. Kurang tanah , Athens dan Corinth kurang makanan. Dibawa dari luar. Athens dapat dari Selatan dan Laut Hitam. Jadi pusat pengumpulan barangan dari timur.
4. Perdagangan kena cukai – rakyat lari ke tempat lain spt Alexandria pada zaman Graeco-Roman 300sm.
· Tamadun India
1. Pesat berkembang pada 3SM. Libatkan perdagangan dalaman dan luaran.
2. Pusat perdagangan – Anga, Kalinga, dan Karusa. Hasilkan senjata, gading , emas, berlian dan mutiara.
3. Hubungan dagang antara Maurya dengan Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara – alam melayu sejak 100 M- jual rempah, gading, besi, dan bedak wangi. Tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi dari China. Bentuk Perdagangan Maritim.
4. Pelabuhan penting : Tamralipti, Ghantasala, Kadura di Timur , Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bhg Barat.
5. Wujud persatuan dagang dan perusahaan : Sresthin di setiap bandar. Spt. Persatuan tukang kayu, kulit, dll. Matlamat untuk: kawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
6. Wujud undang-undang bagi kawal persatuan diawasi Raja.
7. Mata wang digunakan. Zaman Gupta wang emas. Bukti ada dasar kewangan dan ekonomi yg sistematik.
8. Perkembangan dagang Maurya disokong dengan perusahaan tekstil, Kain Kapas, dan sutera. Sutera di Benares dan Bengal. Perdagangan lain - Emas, mutiara , batu permata, pertanian dan buah-buahan..
9. Cukai ada – untuk sara tentera, pentadbir, dan raja.
· Tamadun China
1. Pesat – Dinasti Shang. Pencapaian dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan dan pembentukan persatuan perniagaan – muncul kelas pertengahan.
2. Bidang pertanian ; Dinasti Han - perkenalkan batas tanaman, kolar kuda tarik tenggala, kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.
3. Zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching – cipta alat pertanian, sistem tanaman secara bergilir untuk suburkan tanah, Bukit ditereskan – Dinasti Shang, Sistem pengairan spt terusan – pertanian terkawal dan pengawalan banjir .
4. Perusahaan logam dan tembikar sejak Dinasti Han.
5. Didagang ke Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat. Lalui Jalan Sutera Darat, dan Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Kepesatan berkembang dengan adanya jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

[ Pemerintahan dan Pentadbiran ] [ Peningkatan Ekonomi ] [ Peningkatan Sosial ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

Peningkatan Sosial

Meliputi aspek pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina, sistem sosial serta sains dan teknologi
Pendidikan
· Tamadun Yunani
1. Di Athes lahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan jasmani. Manusia cemerlang penuhi tuntutan mental dan fizikal.- sumbang kesejahteraan kehidupan manusia. Lahirkan tokoh spt: Thucidides dan Herodutus. Pusat Cendekiawan Yunani dlm. Zaman Pericles. Penulis Sains dan teknologi – Thales, Anaximandez, Heraclitus, dan Anaxagoras.
2. Tumpuan pada pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal, dan menulis.
3. Sparta – pendidikan lahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada negara kotanya.
4. Pentingkan latihan fizikal dan kemahiran senjata.
5. Perkembangan bila banyak sekolah didirikan di Athens, Thebes, Elea,dan Miletus.
· Tamadun Rom
1. Menekankan ilmu praktikal dan semangat setia kepada Rom. Terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang beri kesejahteraan hidup.
2. Peringkat awal banyak tiru Yunani. Pusat pendidikan lahirkan jurutera , ahli falsafah, dan sejarawan. Dapat membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya dan penulisan kegemilangan Rom.
· Tamadun India
1. Bermula Zaman Vedik. Pentingkan keagamaan dan agama Hindu. Didominasi lelaki. Tumpuan pada pengkajian kitab Veda dan penggunaan bahasa Sanskrit. Kaedah, hafalan.
2. Berteraskan Hindu dan Budhha untuk sediakan manusia selepas mati. Pendidikan tinggi – Kolej Brahmin – 100SM. Sebelumnya di idtana dan di rumah. Abd 4 M – Universiti Budhha: Nalanda.
3. Untuk capai taraf Brahmin – hafal kitab veda kandungan: ritual, mantera, dan lagu agama. Juga belajar saintifik dan falsafah. Telah tingkatkan ilmu sains.
4. Zaman seterusnya – untuk tambahkan ilmu dan atasi buta huruf, dan dapatkan jawatan awam..
· Tamadun China
1. Hargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan. Matlamat lulus peperiksaan awam – yang tertua di dunia.
2. 3 peringkat – pendidikan rendah, menengah, dan tinggi. Rendah – tumpukan kegiatan mengenal dan hafal ideogram dan 9 buku suci tanpa faham maknanya. Menengah – karangan dan sastera. Tinggi – terjemahkan kitab suci.
3. Kepentingan – utk pentadbiran. Peperiksaan awam 3 tahap. 1- Hsiu Tai : setaraf ijazah pertama di daerah , lulus jadi pegawai kerajaan, dua kali dalam 3 tahun, 2 - Chun Jen : sarjana di ibu kota daerah, 3 tahun sekali, dan 3 – Chin Shih : Doktor Falsafah di ibu kota empayar hadapan maharaja, lulus jadi pendidik, 3 tahun sekali
.
[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ] [ Bahasa dan Sastera ] [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

Falsafah

Ramai ahli falsafah menunjukkan kemajuan dalam ilmu – Guna akal cari jawapan yang logik untuk selesai masalah kehidupan manusia.

· Tamadun Yunani
1. Ahli falsafah : Herodotus, Socrates, Plato, Aristotle, Thucydides, Zeno. Isu utama – individualisme, kehidupan manusia, dan demokrasi.
2. Karya: Herodotus – History of Persian Wars, bapa sejarah.Thucydides – pengasas sejarah saintifik, tulis secara penyelidikan – Peloponesian Wars.
3. Karya Plato – Republic – negara baik diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.
4. Aristotle – Guru kepada Alexander The Great – bincang cara berfikir yang teratur.
· Tamadun Rom
1. Kurang ahli falsafah – guna pengaruh Yunani spt Zeno – Falsafah Stoik @ Stoisisme. Bincang kebagiaan hidup dan nasib seseorang bergantung pada alam.
· Tamadun India
1. Falsafah tertua. 2 bentuk pemikiran besar : 1 – Berseumberkan Veda, 2 – Menolak kitab Veda.
2. Veda ada tiga – Rig Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda. Sumber falsafah dlm. Eda – Upanishad 700 – 600SM , Mahabaratta, dan Bhagavad. – Falsafah Bersumberkan Veda
3. Falsafah tolak Veda ikut ajaran carvaka, Janinisme, dan Buddhisme.
· Tamadun China
1. Beri penekanan pada hal hubungan manusia dengan manusia lain.
2. Ahlinya: Kung Fu Tze @ Confucius – Confucianisme. Loa Tze – Toaisme. Mo Tzu @ Motze@ Mencius tolak beberapa ajaran Confucius. Fikir cara lahirkan masyarakat yang baik. Baik buruk ahklak manusia bergantung pada alam sekitarnya.
3. Falsafah legalisme – undang-undang dapat wujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.

[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ] [ Bahasa dan Sastera ] [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

Sains dan Teknologi

Berlaku dalam bidang Matematik, Astronomi, Perubatan dan Teknologi pembuatan perahu dan kertas. Dipengaruhi dengan teknologi dalam Tamadun Mesir Purba dan Babylon. Perkembangan ilmuan ini dikembang secara kolektif dalam semua tamadun.

· Tamadun Yunani
1. Ilmuan :- Thales – matematik – ilmu geometri Mesir Purba, Phytogaras – Teorem Phytogras – ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
2. Hippocrates – Bapa perubatan , Archimedes – ahli matematik dan fizik – teori isi padu air dan graviti. Ptolemy – astronomi Yunani.
· Tamadun Rom
1. Boethius – ahli matematik – asas matematiknya diambil dari Yunani. Kaitkan dengan muzik, geometri, dan astronomi.
· Tamadun India
1. Cabang pengetahuan Vedik. Pengetahuan astronomi ada dalam Rig Veda. Ilmu matematik wujud zaman Gupta. Ahli matematik India tekah tahu konsep geometri. Perkenalkan sistem nombor – angka Brahmin dibaca dari kiri ke kanan, dan angka Kharosti – wujud dalam zaman Asoka. Dalam tamadun Yunani – herodianic dan ionic.
2. Ahli matematik – Aryabhata Varahmihira.
3. Ilmu perubatan ada kaitan dengan yoga.
· Tamadun Cina
1. Ilmu Perubatan dihubung dengan Yin dan Yang – Kuasa Pasif dan Aktif.
2. Teknologi buat kertas 106 M – Chan Lun – mencampurkan rami, sayur, dan buluh – dijadikan pulpa – diskrinkan dan diratakan, tembikar, kapal layar, dan perahu. Pelayaran dibuat dengan penciptaan layar yang lebih kukuh – wujud juga dalam Tamadun Rom dan India.- Tingkatkan aktiviti perdagangan maritim.

[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ] [ Bahasa dan Sastera ] [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

Seni Bina

Mencerminkan ketahanan manusia hadapi cabaran dan kepimpinan yang berwibawa – pembinaan yang agung – monumen-monumen spt
1. Aqueduct – bekalan air di Rom. Teknologi berasaskan sistem graviti.
2. Tembok Besar Cina – pertahanan – Mula Dinasti Chou, 1500 batu dari Kansu ke Peking.
3. Acropolis – Pusat Pentadbiran dan pememrintahan Athens – binaan teater, rumah berhala, dan parthenon.
4. Parthenon – Rumah berhala untuk Dewi Athena – Zaman Pericles 421 – 409 SM utk peringati kemenangan dengan Persia.
5. Colloseum – Tempat pahlawan Rom bertarung. Mula bina 70M – Mahajara Flavian , Muatan 50 ribu – 80 ribu org.
6. Panthenon – Tempat pemujaan dan menyimpan patung dewa dan tempat kerja awam. Zaman Maharaja Hadrian 117 – 138M.
7. Great Bath , Kompleks Kuil Gua Ajanta – 20 buah kuil , Kompleks Kuil Gua Ellora – 28 kuil , Penggunaan geometri – segi empat dan bulat - India
8. Pembinaan tembok : Cina – tanah liat dan batu bata di bandar. Kampung guna tanah lumpur. Ada pintu gerbang dan menara. Kaw. Tembok ada istana spt Kota Larangan. Ada dewan dan taman. Dewan berfungsi – hukuman, keraian, perjumpaan.
9. Kuil, Pagoda , Tembok, Jambatan: Cina – beberapa bangunan utk tempat tinggal, ruang tetamu, pusat pemujaan. Pagoda 15 tingkat – bentuk oktagon.
Peningkatan dapat dilihat daripada elemen baru seprti bentuk dan nilai estetik.

[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ] [ Bahasa dan Sastera ] [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

Bahasa dan Kesusasteraan

· Tamadun Yunani
1. Penggunaan bahasa Yunani. Selepas itu Latin zaman empayar Rom. Tokoh penting: Homer dan Hesiod. Hesiod penyair hasil dua buku : Theology – ilmu tentang asal usul manusia dan ketuhanan dan Works and Days. Homer: Iliad dan Odyssey – Kisah perang Achaea dan Troy..
· Tamadun Rom
1. Dua penyajak Rom : Cicero ( 106 – 43M ) dan Virgil ( 70 – 19M ). Meningkatkan semangat patriotisme. Capai keagungan zaman Augutus Caesar ( 27 – 14 SM )
· Tamadun India
1. Epik Mahabarattha dan Ramayana – cerita peperangan dua tentera, baik dan jahat. Ramayana cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita. Bahasa digunakan – Sanskrit.
· Tamadun Cina
1. Wujud 7 dialek : Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis, dan Fukien.
2. Kebangkitan sastera disokong kerajaan. Dinasti Han , Sau-ma Chien tingkatkan sastera prosa, karyanya Shih Chi. Menceritakan aspek sosial, sejarah kerajaan, pemimpin, dan ilmu pengetahuan, dikutinya seterusnya.
3. Puisi : Tokohnya – Tu Fu, Li Po, dan Po Chu-I dlm Dinasti Tang.
4. Dinasti Han – cerpen dan sajak.
· Kesimpulan
Karya dihasilkan untuk sampaikan mesej kepada rakyat. Tulisan kini asal drp tulisan Phoenesia dari Yunani 800SM.Dlm Yunani ditambah vokal, diubah Rom hingga kini.

[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ] [ Bahasa dan Sastera ] [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

Sistem Sosial

· Tamadun Yunani
1. Organisasi Yunani 3 kumpulan. Warganegara – ada hak politik , penduduk bukan warganegara – tiada hak politik , dan golongan hamba – tiada hak politik.
2. Sparta – 3 kelas sosial: Warganegara Sparta tulen, para pekerja/artisan/pedagang, dan Helot – usahakan tanah dan minoriti
· Tamadun Rom
1. 3 kelas : warganegara Rom, bukan warganegara – penduduk yang ditakluki, dan hamba.
· Tamadun India
1. Wujud sistem kasta – unik, 4 kasta: Brahmin, Ksyatria, Vaisya, dan Sudra. Perkahwinan ikut kelas.
· Tamadun Cina
1. 3 kelas utama: golongan atasan – pentadbir spt maharaja/keluarganya/bangsawan/sida-sida, rakyat bawahan spt petani/artisan, dan hamba. Kumpulan 2 dan 3 – kumpulan sokongan.
2. Confucius bahagikan 4 kelas: golongan sarjana spt pegawai kerajaan yg berpendidikan, golongan petani – tulang belakan ekonomi Cina, golongan tukang, dan golongan pedagang.
3. Kelas golongan tidak tetatp, mereka bertukarkan berdasarkan pencapaian pendidikan.

[ Pendidikan ] [ Falsafah ] [ Sains dan Teknologi ] [ Seni Bina ] [ Bahasa dan Sastera ] [ Sistem Sosial ] [ Faktor Peningkatan ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

Sumbangan Tamadun

Aspek poltik : Demokrasi, Republik.
Aspek Sosial ; Sukan Olimpik 776SM – hormati Tuhan Zeus. Awalnya disertai Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia, dan Argos,4 tahun sekali. Hasil karya : Illiad dan Odyssey, Mahabarata dan Ramayana. Bahasa Latin dan Sanskrit yang diguna pakai dalam kristian dan Buddha.Hindu. Pendidikan : sistem peperiksaan. Perkembangan sains dan teknologi – matematik, astronomi, fizik, perubatan, Teori Phytogoras, dan Teori Archimedes. Binaan: Agama dan budaya. Kewujudan ahli falsafah.

[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ] [Atas Halaman ]

Agama dan Tamadun Manusia
Keperluan dalam pembentukan dan peningkatan tamadun. Suatu kepercayaan atau ajaran kepada manusia. Antara kepercyaan dan agama yang dianuti ialah Hindu, Buddha, Kristian, Islam, Confunianisme, dan Toaisme.
· Agama Hindu
1. Perkataan Hindu dari sungai Sindhu(Indus) Dikenali juga sebagai Sanata Dharma – peraturan kerohanian yang kekal abadi. Semakin jelas dlm zaman vedik. Tuhan 3 fungsi : Mencipta(Brahman), Memelihara( Vishnu, membinasa( Siva). Enam aliran: Saivisme, Vaishavisme, Saktham, Ganapathym, Kaumaram, dan Saura.
2. Sejak empayar Maurya penting – didominasi Brahmin. Percaya hukum karma – kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula bergantung pada karma dan tujuan hidup untuk capai maksya- kebebasan mutlak iaitu bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi..
3. Capai kegemilangan Zaman Gupta 320 – 520M. Zaman Asoka saingan dengan Buddha.

[ Hindu ] [Buddha ] [ Kristian ] [Islam ] [Confunianisme ] [Toaisme ] [Atas Halaman ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ]

· Agama Buddha
1. Diasaskan Siddhaarta Gautama. Dianggap penentangan golongan Kystria terhadap Brahmin. Lihat ketidakaadilan Kasta dalam agama dan kehidupan, cari ketenangan. Capai ketenangan dan pengajaran dibaweah pokok Boddhidi Uruveda. Dapat larikan diri dari kesengsaraan. Asas ajaran 4 kebenaran mulia dan Jalan 8 lapis.
2. Kegemilangan dlm. Zaman Asoka – jadi agama rasmi Dinasti Maurya. Buddha: guna bahasa Pali, Kitab Tripitaka – kitab suci mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, dan Abhidhamma Pitaka.
3. Empat kebenaran yang mulia
a. Kehidupan penuh dengan kepahitan
b. Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu
c. Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu
d. Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan Lapan Lapis
4. Jalan lapan lapis
a. Kepercayaan dan pengetahuan yang baik
· Bebas daripada kepercayaam karut
· Memahami diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia.
· Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas ( ditthi).
b. Keinginan yang baik
· Perlu megambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya.
c. Pengucapan yang baik
· Tidak boleh melakukan gosip. menipu atau mengenakan seseorang.
d. Kelakuan yang baik
· Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri, dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan pelakuan sex.
e. Makna kehidupan yang baik
· Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan lain.
f. Usaha yang baik
· Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.
· Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan
g. Pemikiran yang baik
· Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.
h. Pertapaan yang baik
· Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan istimewa.

[ Hindu ] [Buddha ] [ Kristian ] [Islam ] [Confunianisme ] [Toaisme ] [Atas Halaman ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ]

· Agama Kristian

1. Penganut kristian percaya ia diasaskan oleh Jesus Christ, berasal Jerusalem. 25 Dis,dianggap hari lahirnya disebut sebagai Hari Natal. Kitab Suci : Old Testament dan New Testament – dikenali sebagi bible.
2. Mendapat tempat dalam Tamadun Rom tertama zaman Constantine 280 – 337 SM. Sebelumnya masyarakat beragama pagan – suatu kepercayaan tidak percaya pada agama.
3. Mereka yang terlibat dengan agama dikecuali daripada melakukan sebarang pekerjaan berat.
4. Hari Ahad hari kegiatan agama. Zaman Rom dianggap Zaman Empayar Kristian.

[ Hindu ] [Buddha ] [ Kristian ] [Islam ] [Confunianisme ] [Toaisme ] [Atas Halaman ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ]

· Agama Islam

1. Diwahyukan kepada Nabi Muhamad saw pada 6 Ogos 610M@ 17 Ramadhan, melalui Jibril di Gua Hira. Berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah. Sebagai pelindungan berhijrah ke Yathrib@Madinah pada 622M @ 1 Rabiulawal.
2. Di Madinah Islam berkembang Dua teras dalam Islam : akidah dan syariah. Akidah membentuk keyakinan seluruh jiwa fizikal dan rohaniah terhadap keesaan Allah swt. Syariah merupakan peraturan @ undang-undang yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis. – Petunjuk kepada orang Islam. Akidah dan Syariah sumber ketamadunan Islam.
3. Asas kepercayaan – percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam.

[ Hindu ] [Buddha ] [ Kristian ] [Islam ] [Confucianisme ] [Toaisme ] [Atas Halaman ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia ]

· Confucianisme

1. Diasaskan oleh Confucius 551SM., Shangtung @ Lu. Seorang pegawai kerajaan kemudian letak jawatan. Confucius disembah sebagai tuhan.
2. Ajaran menekan prinsip moral yang tinggi spt perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaat kepada ibubapa (xiao).
3. Untuk mencapai harus ada ketinggi pendidikan.
· Toaisme

1. Diasaskan oleh Lao Tze. Dilahir di Chu 604 SM. Bvekerja di Chou. Kembara keluar. Tulis buku Tao Te Ching.
2. Asalnya berbentuk falsafah kemudian tukar jadi agama.
3. Tumpukan konsep Tao @ jalan. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao. Manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku – berkaitan dengan konsep wu-wei iaitu tidak mengambil tindakan. Jika tidak akan merosakkan dunia. Oleh itu Lao Tze anggap manusia boleh ubah ke arah kebaikan.

[ Hindu ] [Buddha ] [ Kristian ] [Islam ] [Confucianisme dan Toaisme ] [Atas Halaman ]
[ Latar Belakang Tamadun ] [ Faktor Peningkatan ] [ Sumbangan Tamadun ] [ Agama dan Tamadun Manusia

ada lagi....